BUDAK NOVEL@FORENSICS
Tuesday, 17 March 2015
surat dari anak mak yang tak nakal lagi
Mak..orang minta maaf sangat2..orang dah banyak lukakan hati mak buat mak menangis.Orang tahu apa hukum buat mak kita nangis tapi waktutu orang bodoh..tak boleh fikir mana yang baik mana yang buruk..orang malu nak minta maaf depan2 dengan mak tapi orang harap mak boleh dengar apa yang hati orang tengah cakap.Semuanya ikhlas untuk mak seorang yang orang sayang sangat2...
Monday, 16 March 2015
KARANGAN FAKTA
Kes buli dalam kalangan murid di sekolah meninggalkan pelbagai kesan sama ada kepada murid atau sekolah.
Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani masalah tersebut.
USAHA-USAHA UNTUK MENANGANI MASALAH BULI
Pada zaman milenium ini,kes buli semakin menjadi-jadi dalam kalangan murid di sekolah.Kes ini amat membimbangkan ibu bapa kerana ia meninggalkan kesan yang buruk kepada anak-anak mereka.Kerap kali kita dengar kes buli ini terjadi sehingga ada sesetengah itu yang membawa maut.Pelbagai usaha yang boleh kita lakukan untuk membendung masalah ini.
Antaranya ialah mengenakan tindakan yang tegas terhadap murid-murid yang melakukan kes ini.Contoh tindakan yang boleh dikenakan ialah gantung sekolah ataupun buang sekolah.Hal ini disebabkan masalah buli bukanlah kes yang ringan.Selain itu,ibu bapa juga perlu memberikan pendidikan agama yang secukupnya.Usaha ini dijalankan supaya anak-anak kita tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
Di samping itu,murid-murid perlulah diberi pendedahan tentang kes buli.Contohnya,pihak kaunseling dan disiplin sekolah boleh menganjurkan ceramah dan pameran tentang bahayanya membuli.Oleh itu,ibu bapa mestilah membuat pemantauan terhadap aktiviti anak-anak mereka.Contohnya,bertanyakan hal mereka di sekolah sama ada baik atau tidak.Ibu bapa perlu memberi sepenuh perhatian.
Usaha yang seterusnya ialah murid-murid haruslah menghindarkan diri daripada berkawan dengan murid-murid yang nakal.Kita dapat menyaksikan betapa ramainya murid-murid melakukan hal ini disebabkan pengaruh daripada kawan-kawan.
Dalam zaman yang serba canggih ini,pihak sekolah perlulah meningkatkan pengawasan dengan memasang kamera litar tertutup di kawasan sekolah.Jika terjadi kes buli ini,senanglah kita untuk menangkap pelakunya.Justeru,ibu bapa sekali lagi sewajarnya memainkan peranan dengan memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak.Lantaran itu,mereka akan rasa lebih dihargai dan disayanagi.
Kesimpulannya ialah pihak sekolah dan ibu bapa haruslah bersama-sama berganding bahu untuk menangani masalah buli ini.Bak kata pepatah,usaha tangga kejayaan.Jika tiada usaha yang menjadi tangga untuk kita mencapai kejayaan maka tiadalah kejayaan yang boleh kita kecapi.Kepada murid-murid juga sewajarnya fikirlah tentang kesan sesuatu perkara sebelum melakukannya.
Serba sedikit tentang sains forensik
Dekat sini saya nak kongsikan serba sedikit tentang bidang forensik ni walaupun saya baru form 3 tapi inilah perkara yang mendorong saya untuk capai cita-cita.Apa yang dikejar mesti kita mahu untuk dapatkannya.Dalam kemajuan dan perkembangan negara kita yang semakin pesat ini tidak terkecuali daripada berlakunya kes-kes seperti bunuh,rogol,penculikan dan lain-lain lagi.Jika kita lihat dari segi aspeknya,perkara-perkara ini perlulah kita atasi dengan segera tetapi jika ditakdirkan ia berlaku ia akan berlaku juga.Perkara berkaitan dengan bidang sains forensik ini banyak antaranya ialah forensik psikologi,forensik audit,forensik akuntansi dan juga forensik komputer.Ia terdiri daripada pelbagai aspek.Dan pada zaman ini,tangan manusia sendirilah yang telah membuat kejahatan dan perbuatan buruk itu.Seperti firman Allah S.W.T
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di lautan dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia,kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari balasan perbuatan2 buruk yang mereka telah lakukan”
Jadi,untuk menerangkan dengan lebih lanjut begitu banyak sekali tetapi apa salahnya jika kita berpeluang untuk mengetahui tentang asas sesuatu bidang yang kita minat.Masa yang ada ini perlulah kita manfaatkan dengan ilmu asas sahaja.Seperti kata-kata hikmat ini"KEKAYAAN YANG HILANG BOLEH DIKEJAR DENGAN USAHA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH.KESIHATAN YANG HILANG BOLEH DIPEROLEHI DENGAN UBAT-UBATAN YANG BAIK TETAPI MASA YANG HILANG SEKALI HILANG AKAN TERUS HILANG."
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di lautan dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia,kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari balasan perbuatan2 buruk yang mereka telah lakukan”
(Ar-Rum:41)
Di antara langkah-langkah yang biasa di ambil oleh doktor ialah:
- Fungsi jantung dan pernafasan berhenti secara kekal (permanent stoppage)
- Memeriksa tanda-tanda mati otak
- Primary flaccidity
- Contact flattening
- Tanda pada mata
- Perubahan kulit
- Penurunan suhu badan
- Hypostasis (Lebam mayat)
- Rigor mortis (kekerasan otot selepas mati)
- Putrefaction/2ry flaccidity
Jadi,untuk menerangkan dengan lebih lanjut begitu banyak sekali tetapi apa salahnya jika kita berpeluang untuk mengetahui tentang asas sesuatu bidang yang kita minat.Masa yang ada ini perlulah kita manfaatkan dengan ilmu asas sahaja.Seperti kata-kata hikmat ini"KEKAYAAN YANG HILANG BOLEH DIKEJAR DENGAN USAHA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH.KESIHATAN YANG HILANG BOLEH DIPEROLEHI DENGAN UBAT-UBATAN YANG BAIK TETAPI MASA YANG HILANG SEKALI HILANG AKAN TERUS HILANG."
EXAM HATERS!!!!!!!
First perkara yang ingin dikatakan pasal PT3 kali ni..Ya Allah awat la yang susah sangat..untuk mendapatkan A mesti kena dapat 85%.Cuba la korang bayangkan nak dapatkan 80% tu pon sampai pecah peluh study setiap malam inikan pulak 85%.Kalau ditanya berapa peratus kata susah mesti dalam 99.9%.Cikgu-cikgu kat sekolah semua kata "Alah,apa la yang awak semua takutkan..senang jer"..waktu tu memang rasa nak jerit kat cikgu lepas tu cakap.."CIKGU!!!..bagi cikgu memang laa senang tapi masalahnya kitorang ni yang sengsara"..haishh.Bila cerita pasal KBAT pula..hmm..dah tak tahu nak cakap apa..krik krik..ni pun lagi satu benda alah yang kitorang budak form 3 tak suka.KBAT adalah suatu pelajaran yang memerlukan kita untuk berfikir di luar kotak fikiran dan apa yang dicadangkan adalah pendapat masing-masing bukannya pendapat yang telah ditentukan oleh skema jawapan.Aku berharap sangat Allah S.W.T permudahkan segala urusan aku dan semua budak-budak PT3 tahun ni..insyaallah..Amin..
Sunday, 15 March 2015
Aku dan Dia
Permulaan kisah ni pada tahun lepas..aku kenal dia.Bila ingatkan balik tak tahulah macam mana nak ceritakan semua..macam-macam pengalaman aku dah lalui..pahit,manis,sedih dan gembira.Setiap orang ada kisah yang tersendiri macam tu juga laa aku.Dia yang paling aku sayang sampai bila2..aku berharap jodoh kami dipanjangkan.Sekarang ni kami masih bersama dan sekarang ni kami bersyukur kerana doa kami Allah makbulkan sehingga kami sekarang akhirnya berkahwin.Sesuatu yang tak terjangka di fikiran bila jodoh kami dipertemukan dalam banyak2 pengalaman yang dah kami lalui bersama..ketentuan Allah..tiada apa yang mustahil.Dah terbukti jika dikatakan dia lah jodoh kita,maka sejauh mana dia berada bahkan di hujung dunia sekalipun dia lah yang bakal kita jumpa suatu hari nanti bila sampai masanya.Aku bahagia dengan dia..terima kasih Ya Allah..satu-satunya Tuhan yang maha mendengar dan maha pengasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
