Monday, 16 March 2015

KARANGAN FAKTA

Kes buli dalam kalangan murid di sekolah meninggalkan pelbagai kesan sama ada kepada murid atau sekolah.
Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani masalah tersebut.

                     
                    USAHA-USAHA UNTUK MENANGANI MASALAH BULI

          Pada zaman milenium ini,kes buli semakin menjadi-jadi dalam kalangan murid di sekolah.Kes ini amat membimbangkan ibu bapa kerana ia meninggalkan kesan yang buruk kepada anak-anak mereka.Kerap kali kita dengar kes buli ini terjadi sehingga ada sesetengah itu yang membawa maut.Pelbagai usaha yang boleh kita lakukan untuk membendung masalah ini.

          Antaranya ialah mengenakan tindakan yang tegas terhadap murid-murid yang melakukan kes ini.Contoh tindakan yang boleh dikenakan ialah gantung sekolah ataupun buang sekolah.Hal ini disebabkan masalah buli bukanlah kes yang ringan.Selain itu,ibu bapa juga perlu memberikan pendidikan agama yang secukupnya.Usaha ini dijalankan supaya anak-anak kita tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.

           Di samping itu,murid-murid perlulah diberi pendedahan tentang kes buli.Contohnya,pihak kaunseling dan disiplin sekolah boleh menganjurkan ceramah dan pameran tentang bahayanya membuli.Oleh itu,ibu bapa mestilah membuat pemantauan terhadap aktiviti anak-anak mereka.Contohnya,bertanyakan hal mereka di sekolah sama ada baik atau tidak.Ibu bapa perlu memberi sepenuh perhatian.

          Usaha yang seterusnya ialah murid-murid haruslah menghindarkan diri daripada berkawan dengan murid-murid yang nakal.Kita dapat menyaksikan betapa ramainya murid-murid melakukan hal ini disebabkan pengaruh daripada kawan-kawan.

          Dalam zaman yang serba canggih ini,pihak sekolah perlulah meningkatkan pengawasan dengan memasang kamera litar tertutup di kawasan sekolah.Jika terjadi kes buli ini,senanglah kita untuk menangkap pelakunya.Justeru,ibu bapa sekali lagi sewajarnya memainkan peranan dengan memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak.Lantaran itu,mereka akan rasa lebih dihargai dan disayanagi.

         Kesimpulannya ialah pihak sekolah dan ibu bapa haruslah bersama-sama berganding bahu untuk menangani masalah buli ini.Bak kata pepatah,usaha tangga kejayaan.Jika tiada usaha yang menjadi tangga untuk kita mencapai kejayaan maka tiadalah kejayaan yang boleh kita kecapi.Kepada murid-murid juga sewajarnya fikirlah tentang kesan sesuatu perkara sebelum melakukannya.

No comments:

Post a Comment