Monday, 16 March 2015

Serba sedikit tentang sains forensik

          Dekat sini saya nak kongsikan serba sedikit tentang bidang forensik ni walaupun saya baru form 3 tapi inilah perkara yang mendorong saya untuk capai cita-cita.Apa yang dikejar mesti kita mahu untuk dapatkannya.Dalam kemajuan dan perkembangan negara kita yang semakin pesat ini tidak terkecuali daripada berlakunya kes-kes seperti bunuh,rogol,penculikan dan lain-lain lagi.Jika kita lihat dari segi aspeknya,perkara-perkara ini perlulah kita atasi dengan segera tetapi jika ditakdirkan ia berlaku ia akan berlaku juga.Perkara berkaitan dengan bidang sains forensik ini banyak antaranya ialah forensik psikologi,forensik audit,forensik akuntansi dan juga forensik komputer.Ia terdiri daripada pelbagai aspek.Dan pada zaman ini,tangan manusia sendirilah yang telah membuat kejahatan dan perbuatan buruk itu.Seperti firman Allah S.W.T
       “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di lautan dengan      sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia,kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari balasan perbuatan2 buruk yang mereka telah lakukan”

(Ar-Rum:41)


Di antara langkah-langkah yang biasa di ambil oleh doktor ialah:
  1. Fungsi jantung dan pernafasan berhenti secara kekal (permanent stoppage)
  2. Memeriksa tanda-tanda mati otak
  3. Primary flaccidity
  4. Contact flattening
  5. Tanda pada mata
  6. Perubahan kulit
  7. Penurunan suhu badan
  8. Hypostasis (Lebam mayat)
  9. Rigor mortis (kekerasan otot selepas mati)
  10. Putrefaction/2ry flaccidity

                                                                                                                                                                                                
       Jadi,untuk menerangkan dengan lebih lanjut begitu banyak sekali tetapi apa salahnya jika kita berpeluang untuk mengetahui tentang asas sesuatu bidang yang kita minat.Masa yang ada ini perlulah kita manfaatkan dengan ilmu asas sahaja.Seperti kata-kata hikmat ini"KEKAYAAN YANG HILANG BOLEH DIKEJAR DENGAN USAHA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH.KESIHATAN YANG HILANG BOLEH DIPEROLEHI DENGAN UBAT-UBATAN YANG BAIK TETAPI MASA YANG HILANG SEKALI HILANG AKAN TERUS HILANG."

No comments:

Post a Comment